|
Laporan Pertandingan Pelancaran Roket Karnival Sains dan Teknologi Daerah Manjung |
|
Pada 20 dan 21 Jun 2008, iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu, SMK Seri Samudera telah menganjurkan Hari Karnival Sains yang bertempat di SMK Ahmad Boestamam. Saya sebagai ahli Boestamam News Channel atau BNC telah bertugas selama 2 hari karnival ini berlansung. Karnival ini bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Pertandigan ini disertai sebanyak 15 buah sekolah yang terdiri daripada :- - SMK Ahmad Boestamam
- SM Teknik Manjung
- SMK Seri Manjung
- SMK Tok Perdana
- SMK Methodist
- SMk Seri Samudera
- SMJK Dindings
- SM ACS
- SMK Changkat Beruas
- SMK Batu 10
- SMK Raja Shahriman
- SMK Dato' Idris
- SMK Nan Hwa
- MES
Setiap sekolah diwakili oleh 2 orang peserta. Pertandingan ini terdiri daripada dua kategori iaitu pada pertama ialah "target" manakala hari kedua pula ialah "parachutist".
Pemenang bagi kategori "target" adalah SMK Seri Samudera dimana telah memenangi kategori "parachutist" yang agak hebat pada tahun lepas dalam pertandingan pelancaran roket. SMK Ahmad Boestamam gagal memenangi kategori ini telah mendapat tempat kedua dalam kategori "parachutist". SMK Raja Shahriman telah mendapat tempat ketiga dan SMK Dato' Idris berjaya merampas kejuaraan dalam kategori ini. Banyak pengalaman baru yang saya peroleh semasa menjalankan tugas pada Hari Karnival Sains dan Teknologi dalam Pertandingan Pelancaran Roket tahun ini dan saya berharap Karnival Sains dan Teknologi ini terus maju kehadapan. Pengalaman ini pasti akan membantu saya untuk bertugas pada masa akan datang. Laporan disediakan oleh, 24 JUN 2008 MOHD. AMIN B. ISMAIL Wartawan BNC, Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam. |
|
Last Updated ( Thursday, 26 June 2008 )
|
|
|
SMKAB 9 Jun: Pengetua SMK Ahmad Boestamam Pn Noor Hayati bt. Shafie telah bertukar dan digantikan oleh Tuan Haji Abdul Satar bin Abdullah bermula 9 Jun 2008. Warga sekolah mengucapkan terima kasih kepada Pn Noor Hayati dan mengalu-alukan kedatangan Tuan Haji Abdul Satar ke sekolah ini. |
|
Last Updated ( Tuesday, 17 June 2008 )
|
|
|
Majlis Makan Malan Amal dan Pelancaran Alumni Pelajar SMKAB |
|
Majlis tersebut terbuka kepada ibu bapa pelajar SMKAB, bekas pelajar, masyarakat sekitar, syarikat koporat, jabatan kerajaan, warga SMKAB dan kepada individu-indivudu. Dilaksanakan secara jualan meja (10 orang semeja) berdasarkan harga berikut: 1. RM 5000.00 atau (RM500/Kerusi) 2. RM 2000.00 atau (RM200/kerusi) 3. RM 1000.00 atau (RM100/Kerusi) 4. RM 500.00 atau (RM50/kerusi) Tarikh makan malam : 12 Julai 2008 (Sabtu) jam 8.00 malam bertempat di SMK Ahmad Boestamam. Kepada yang berminat sila emailkan alamat anda ke
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
untuk mendapatkan kad jemputan. |
|
Last Updated ( Wednesday, 14 May 2008 )
|
|
|
Puteri Islam Johan Kawad Kaki NGO Daerah Manjung |
|
Seri Manjung 22 April : Pasukan Kawad Puteri Islam SMK Ahmad Boestamam sekali lagi telah berjaya menjadi johan Pertandingan Kawad NGO Sekolah-sekolah Menengah Daerah Manjung. Pasukan ini merupakan Johan pertandingan Kawad Ngo 2007. Pertandingan tersebut telah diadakan di padang letak kereta Majlis Perbandaran Manjung.
 |
|
Last Updated ( Tuesday, 29 April 2008 )
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>
|
| Results 1 - 5 of 9 |